Pilih rekaan
Buka Katalog, gunakan penapis atau simpan rekaan kegemaran dengan ikon hati. Klik Gunakan rekaan untuk membukanya di Studio.
Dari rekaan pilihan ke hari yang dinantikan.
Buka Katalog, gunakan penapis atau simpan rekaan kegemaran dengan ikon hati. Klik Gunakan rekaan untuk membukanya di Studio.
Ikuti 12 langkah. Isi nama, tarikh, masa, tempat dan maklumat tuan rumah. Pratonton di sebelah kanan berubah secara langsung.
Log masuk, lengkapkan langkah terakhir dan simpan draf atau mohon terbit. Admin mengesahkan pakej; bayaran WooCommerce tersedia jika telah disediakan.
Buka Kad Saya, pilih Urus kad & tetamu. Selepas diterbitkan, kongsi pautan melalui WhatsApp. Semak RSVP, lulus ucapan dan eksport senarai CSV di halaman yang sama.
Ya. Pemilik boleh membuka semula Studio dan menyimpan perubahan. Pautan yang sama kekal jika nama pautan tidak diubah.
Anda boleh mencuba dan melihat pratonton tanpa akaun. Log masuk diperlukan untuk menyimpan kad pada sistem dan memuat naik media.
Pelayar memerlukan tindakan pengguna. Muzik dicuba selepas butang Buka ditekan; tetamu juga boleh menekan Main pada menu Lagu.
Nombor telefon dan rekod RSVP hanya tersedia kepada pemilik dan admin. Nama dan ucapan diluluskan boleh dipaparkan pada kad.
Dalam Studio, buka Galeri & Media, kemudian muat naik gambar muka depan atau galeri. Ciri ini menggunakan pakej Gold.
Dalam Studio pilih Bahasa kad: Dwibahasa dan isi versi English. Tetamu boleh menekan BM | EN pada kad untuk menukar bahasa.
Untuk bantuan pakej atau penerbitan kad, hubungi pentadbir laman ini.